Agrobank
(dahulu dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia sebelum ini)
mengembangkan pengalamannya selama 40 tahun dalam pembiayaan pertanian
untuk menjadi institusi kewangan yang terkemuka dengan menawarkan
pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan di Malaysia. Kami ingin
mempelawa calon-calon yang berbakat dan berkebolehan bagi
merealisasikan visi dan misi kami.
A. PENGURUS KESELAMATAN
(Executive, Gred 41)
Kekosongan di Ibu Pejabat, Kuala Lumpur
Tanggungjawab :
•
Bertanggungjawab menjaga dan mengawal keseluruhan bangunan Ibu Pejabat
dan harta benda Bank Pertanian Malaysia Berhad supaya berada dalam
keadaan selamat.
• Memastikan wargakerja Bank dan pelanggan yang berurusan di Bangunan Bank dalam keadaan selamat.
Kelayakan :
• Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan.
•
Bekas Penolong Penguasa Polis Diraja Malaysia atau Kapten Angkatan
Tentera Malaysia atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam
jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
• Berpengalaman sekurang-kurangnya 2-3 tahun dalam pengurusan sistem penggera dan CCTV.
• Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :
• tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
• berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
• mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84 sm (lelaki sahaja)
• lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
• pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
• Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
• Berkemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
• Berkemahiran dalam mengendalikan komputer.
B. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
(Executive, Gred 41)
Kekosongan di Ibu Pejabat, Kuala Lumpur
Tanggungjawab :
•
Menganalisis proses bisnes sediada, mengenalpasti keperluan untuk
penambahbaikan dan mencadangkan kaedah inovatif dalam menggunakan
penyelesaian ICT untuk memenuhi keperluan bisnes.Mengenalpasti dan
menganalisis kesan terhadap proses bisnes dan peranan inisiatif dan
projek ICT.
• Membantu dan membimbing pasukan projek dalam
menganalisa keperluan bisnes untuk menghasilkan penyelesaian dan
senibena teknikal yang efisien.
• Menentukan proses untuk pendekatan
bisnes yang optimum dan membantu dalam pemilihan penyelesaian teknikal
terbaik sesuai dengan keperluan bisnes.
• Menilai dan menerapkan
teknologi baru secara proaktif terhadap infrastruktur ICT dalam
Agrobank untuk menyediakan penyelesaian yang berkesan untuk keperluan
bisnes.
• Mengenalpasti dan menentukan integrasi yang terlibat di antara proses bisnes dan komponen teknikal.
•
Merekabentuk, menyelenggara dan mengemaskini polisi, prosedur dan garis
panduan berkaitan arkitektur ICT dalam menentukan penyelesaian ICT yang
terbaik untuk Agrobank.
• Memastikan semua projek ICT yang dirancang adalah berdasarkan halatuju di dalam rancangan strategic ICT Agrobank.
• Memastikan perancangan keseluruhan arkitek ICT memenuhi halatuju bisnes Agrobank.
Kelayakan :
• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat.
• Pengalaman sekurang-kurangnya 2 - 3 tahun dalam metodologi pengurusan projek.
• Pengalaman sekurang-kurangnya 2 - 3 tahun dalam permodelan sistem, pembangunan sistem dan integrasi sistem.
• Pengalaman sekurang-kurangnya 2 - 3 tahun berkaitan kontrak perkhidmatan ICT dengan pembekal.
• Pengalaman sekurang-kurangnya 2 - 3 tahun dalam merancang dan merekabentuk arkitektur ICT.
• Kemahiran dalam senibina arkitektur ICT, teknik pengurusan projek, metodologi Prince2, Senibina ITIL, laporan teknikal.
• Berkemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
C. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
(Assistant Executive, Gred 29)
Kekosongan di Ibu Pejabat, Kuala Lumpur
Tanggungjawab :
• Mentadbir dan menyelenggara katanama/katalaluan sistem-sistem aplikasi.
• Memastikan setiap sistem aplikasi, perkakasan komputer/rangkaian mematuhi polisi keselamatan yang ditetapkan.
• Menyemak dan mengemaskini capaian logikal sistem aplikasi.
• Memantau, menyiasat dan melaporkan insiden keselamatan.
Kelayakan :
•
Diploma Sains Komputer, Teknologi Maklumat dan lain-lain yang berkaitan
dari Institut Pengajian Tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Malaysian Qualifications Register (MQR).
• Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
• Pengalaman dalam perkhidmatan perbankan atau kewangan akan diberi keutamaan.
• Berkemahiran dalam berkomunikasi dan penganalisaan.
• Berkemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
D. JURUTEKNIK KOMPUTER
(Junior Executive, Gred 17)
Kekosongan di Ibu Pejabat, Kuala Lumpur
Tanggungjawab :
• Mentadbir dan menyelenggara katanama/katalaluan sistem-sistem aplikasi.
• Memastikan setiap sistem aplikasi, perkakasan komputer/rangkaian mematuhi polisi keselamatan yang ditetapkan.
• Menyemak dan mengemaskini capaian logikal sistem aplikasi.
• Memantau, menyiasat dan melaporkan insiden keselamatan.
Kelayakan :
•
Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) dalam bidang elektrik atau
elektronik atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan; atau
• Sijil Kejuruteraan Elektronik
(Komputer) dari Politeknik di bawah Kementerian Pendidikan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
• Lulus
Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Berkemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
Calon-calon
yang berminat adalah dipelawa untuk menghantar surat permohonan dan
resume yang lengkap dengan menyatakan gaji terkini dan gaji dipohon
berserta salinan sijil-sijil (Ijazah/Diploma, Sijil Kemahiran, Surat
Beranak, Kad Pengenalan) yang disahkan dan sekeping gambar berukuran
passport tidak lewat daripada 15 November 2009 ke alamat berikut :
Head,Human Resource Department,
AGROBANK
P.O Box 10815,
50726 Kuala Lumpur.
Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.
Hanya calon-calon yang disenaraipendek akan dihubungi.
Tag :
Agro Bank