Kadangkala kita merasa bosan kerana sudah banyak kerja yang dipohon tetapi satu pun belum dipanggil untuk ditemuduga. Kita juga sudah penat pergi ke pameran-pameran kerjaya tapi belum juga diterima untuk bekerja.
Jika anda sudah menggangur sudah lebih dari 3 bulan. Cubalah fikir apakah Plan B atau backup plan kita?
Jangan cepat putus asa. Tuhan itu tidak zalim kepada hambanya yang sentiasa mencuba.
Apakah kehendak industri yang tidak melayakkan kita dipanggil temuduga atau diterima kerja?
1. Tidak pandai komputer?
2. Tidak tahu applikasi asas Microsoft Office -Word, Excel, Powerpoint dan sebagainya?
3. Tidak mahir dalam Bahasa Inggeris?
4. Tidak ada kemahiran temuduga?
5. Adakah resume kita tidak mencapai standard profesional seperti yang dikehendaki?
6. Adakah hanya faktor ‘ Anda tidak mempunyai pengalaman’ ?
Fikir-fikirlah. Mungkin kita patut mencari pekerjaan sampingan yang berkait rapat dengan bidang yang kita ingin ceburi. Tidak salah bekerja sebagai pelayan restoran makanan segera, jika kita rasa faktor komunikasi kita agak lemah. Tidak salah bekerja sambilan di pusat komputer , jika niat kita ingin mendalami bidang-bidang komputer.
Semoga anda berjaya, laksanakan dahulu plan B jika anda masih ragu dalam menentukan sikap.

Tag :
Cara membuat resume