Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Guru /Pensyarah MARA) di Institusi-institusi Pendidikan MARA.
JAWATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH
Bertanggungjawab mengajar di Maktab Rendah Sains MARA, Kolej MARA,Kolej Profesional MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA & Institut Kemahiran MARA bagi penempatan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
TARAF JAWATAN : Tetap / Sementara
CARA MEMOHON :
i) Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman
web MARA iaitu www.mara.gov.my KLIK SINI.
Tarikh permohonan dibuka dari 6 September 2009 hingga 27 September 2009.
Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar
Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan
pengiktirafan kelayakan melalui laman web JPA iaitu : www.jpa.gov.my KLIK SINI dan
hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa temuduga nanti.
Calon – calon boleh menyemak tarikh dan tempat temuduga melalui laman web
MARA bermula pada 5 Oktober 2009.